Ultra Medic Rider

Ultra Medic Rider memberikan anda ketenangan bila tiba masanya untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang diinginkan. Ia merupakan pelan perubatan premier insurans hospital dan pembedahan yang menyediakan perlindungan perubatan komprehensif sehingga RM1,500,000 sepanjang hayat dan terdiri daripada 5 pelan berbeza untuk disesuaikan dengan bajet dan keperluan anda. Seterusnya »

Intelek

Interlek membantu membina dana yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan anak-anak anda dan turut memberikan perlindungan dengan hanya sumbangan serendah RM70.00 sebulan. Tambahan lagi, Intelek memberi ganjaran terhadap pencapaian cemerlang anak-anak anda. Seterusnya »

Harmoni

Harmoni membantu anda memenuhi impian anda dan memberi perlindungan serta tabungan dengan hanya menyumbang RM70.00 sebulan. Anda juga boleh mengeluarkan sebahagian daripada wang anda dari Dana Pelaburan Peserta sekiranya perlu. Harmoni memberi ketenangan minda serta kelonggaran dalam pengurusan kewangan anda di samping Perlindungan Takaful. Seterusnya »

Prisma & PrismaPlus

Prisma membantu menjamin kewangan masa depan keluarga anda dengan memberi perlindungan kewangan yang mencukupi, dengan sumbangan serendah RM50.00 sebulan. Seterusnya »

Sempurnakan Lima Rukun Islam Anda Dengan Simpanan Mabrur

Mabrur ialah pelan Takaful simpanan dan perlindungan komprehensif yang melengkapkan persediaan anda untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Etiqa menyediakan One Stop Centre untuk anda merancang perjalanan Haji dan Umrah yang lebih baik. Kami akan membantu proses pembukaan akaun Tabung Haji tanpa bayaran dan pendaftaran Haji anda setelah Bayaran Tunai tetap pertama dibayar. Seterusnya »

 

Sempurnakan Hidup Anda Bersama eTiQa

[youtube url="http://www.youtube.com/watch?v=wTORj5_LC_g"]

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Salam 1 Malaysia.

Setiap manusia impikan kehidupan yang sempurna, indah dan diberkati. Ianya adalah mudah untuk menikmati setiap saat yang indah tersebut jika semua perkara berjalan seperti dirancangkan. Tetapi, perkara yang tidak disangka-sangka boleh berlaku untuk menjadikan dunia anda terbalik dan suram. Menurut statistik kemalangan di Malaysia, pada tahun 2010 sebanyak 414 421 kemalangan direkodkan berbanding 397,330 kemalangan pada 2009. Ini membuktikan kadar kemalangan di Malaysia merekodkan peningkatan setiap tahun. Perangkaan nahas jalan raya pada tahun lepas menunjukkan sebanyak 3,693 penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia.

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara iaitu masa muda sebelum masa tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum masa miskin, masa lapang sebelum masa sibuk, dan masa hidup sebelum masa mati

Tahukah anda bahawasanya faktor umur memberi kesan besar terhadap bayaran premium insuran kita? Semakin meningkat umur kita, semakin tinggi premium permulaan yang kita perlu bayar. Oleh itu, belilah mana-mana polisi seawal umur yang dibenarkan kerana nilai premium permulaan yang kita perlu bayar adalah rendah dan nilai ini tidak akan berubah sampailah tempoh matangnya.

Tahukah anda bahawasanya pihak Insuran boleh menolak permohonan anda jika mereka dapati resiko kita semakin tinggi? Apabila kita sudah mendapat penyakit yang agak kritikal ataupun yang terdiri daripada 36 penyakit-penyakit kritikal, pada masa itu permohonan kita untuk mendapatkan perlindungan Insuran Takaful agak sukar. Sekiranya di terima sekalipun, penyakit yang sudah disahkan yang kita hadapi tidak lagi ditanggung oleh pihak Insuran dan pada ketika itu sudah pasti kadar premium yang perlu dibayar pun agak tinggi.

Mungkin ada di antara kita terlalu selesa dengan kemudahan Insuran (Kad Kesihatan) yang disediakan oleh Syarikat tempat kita bekerja. Mungkin kita terlupa bahawasanya, sampai bila kita akan berkerja di syarikat tersebut? Adakah sampai kita mencecah umur bersara? Andai kata kita ditimpa musibah penyakit yang kritikal seperti barah, sudah tentu ianya akan menganggu kualiti dan productivity kita bukan? Sekiranya anda adalah Pemilik syarikat tersebut, apa tindakan yang akan anda ambil kepada pekerja anda yang seperti ini? Sekiranya anda kena berhenti, agak-agak senang tak nak dapat kerja di tempat lain? Sekurang-kurangnya, jika anda ada simpanan takaful dan pampasan serta alaun-alaun yang ada, dapatlah anda buat modal berniaga untuk menyara kehidupan keluarga anda.

Keistimewaan Pelan eTiQa Takaful adalah:

  1. Tabung khairiat kematian
  2. Elaun harian hospital
  3. Pampasan kemalangan diri
  4. Pampasan 36 penyakit kritikal
  5. Tabung pendidikan anak
  6. Simpanan untuk persaraan
  7. Kemudahan pengeluaran tahunan tanpa Riba’
  8. Perlepasan cukai pendapatan
  9. Perkongsian untung
  10. Zakat dibayar sepanjang tempoh simpanan

Al_Baqarah+240Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah : 240)

button untuk mendapatkan maklumat lanjut.